Saturday 10 March 2012

Senyum, tak perlu kata apa-apa. :)



Assalamualaikum wbt.

Segala puji kepada Allah swt. Rabb pencipta kita. Kekasih yang mengasihi kita dengan sebenar-benar kasih dan pemberi rahmat yang maha agung dan tiada tolok bandingnya.

Selesai sudah midterm saya, (dah lama dah pun sebenarnya). Saja-saja nak mention di sini. :)
Kali ini, saya berminat hendak berkongsi cerita tentang senyum! :D

Sebelum kita berbincang dengan dalam lagi, mari sama-sama berfikir. Apa kaitan senyum dengan pendakwah? O.o

Hehe, topik panas ni. :P
----------------------------------------

Dulu-dulu masa di sekolah, selalu tengok abang-abang senior yang pegang jawatan yang "kaw-kaw". Wow, badan dakwah tuu~

Mesti hebat-hebat belaka kan? First time masa awal-awal dulu dengar pasal perkataan D A K W A H, rasa sangat-sangat nak tahu. Maklumlah, bak kata orang, "jakun" kan~. Sebelum masuk sekolah, tak biasa pun dengar perkataan-perkataan islamik ni. Paling-paling banyak pun, pernah la juga datang dengar ceramah dekat surau depan rumah tu.

Bila dah masuk sekolah, dah banyak dengar perkataan-perkataan islamik-islamik yang mantop-mantop. Tambah-tambah pula dengar ada satu badan dakwah lagi tu di sekolah. Tak sabar nak tengok orang-orangnya. Teruja gila~ haha..

Tapi, ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat mereka. Entahlah.

Mereka.... jahat?
haha, tidak pun.

Suka buli?
tak..

Kasar?
tak..

Mulut laser?
tak (erm.. ada la sikit-sikit) hehe..
Tapi bukan itu.

Habis tu??
Hmm.. mungkin... senyum..

Senyum? Just that??
Yeah
..

What's the big deal?

Haha, anda rasa?

-------------------------------------------------

"What's the big deal?"


Pandangan saya, ramai yang terlepas pandang. Senyum, memang kalau nak diikutkan, "Alaa.. hal kecil saja..".

Setiap orang islam itu pendakwah. Tapi.. Apa definisi pendakwah tu? Penyeru bukan? Dalam konteks islam, penyeru manusia kepada jalan yang diredhai tuhan-Nya bukan?

Analogi jom.

Bayangkan kita dalam satu pejabat. Kita ni sebagai secretary terbaik yang bos pernah ada. Bos mengarahkan kita memanggil sahabat kita masuk kedalam pejabatnya.
Lalu, kita pun panggillah sahabat kita tu. Maklumlah, anak emas boslah katakan. Dengan muka masam 1000 kali ganda dari cuka itu kita panggil sahabat kita yang busy.

"Woi, bos panggil!"

Agak-agak apa reaksi beliau?
Rasanya sahabat tu mesti balas: "apahal kau?!" dengan nada yang marah.

Salahkah apa yang kita suruh? Tidak, kita menjalankan tugas yang diamanahkan. Betul? Tapi, kenapa dia marah?

Apa yang kita katakan sebenarnya, tidak salah. Cuma cara kita sampaikan.

Inilah mesej yang cuba saya gambarkan dalam post kali ini. Mesej ini kepada pendakwah. Mesej ini kepada kita, termasuk diri saya juga.

Dalam keseronokan kita menjalakan 'amr ma'ruf, nahy munkar'. Kadang-kala kita terlupa yang target kita itu juga adalah seorang manusia juga. Yang punyai jasad seperti kita, punyai perasaan seperti kita, punyai cita-cita seperti kita. Bukanlah sebuah robot yang hanya menerima setting seorang jurutera dan melakukan apa sahaja yang telah disetkan.

Tidak kurang juga tanggapan sesetengah masyarakat kepada pendakwah,

"weh, tu, ustat tu. Jangan duk rapat dengan dia. Sakit telinga asyik dengar maki hamun dia nanti."

"isy, tak nak lah jumpa dia. Macam nak belasah orang je aku tengok muka dia."

-----------------------------------------------


Wahai daie, preserve your manners. Sepertimana kita menyuruh orang melakukan kebaikan, kita juga perlu menunjukkan dimanakah adab yang perlu kita laksanakan sebagai penyeru kepada jalan-Nya. Tunjukkanlah akhlakmu, selitkanlah hikmah dalam perkataan-perkataanmu, tambahlah secubit kreativiti dalam cara menyampaimu.

Dan paling mudah, selitkanlah keceriaan senyuman pada raut wajahmu. Senyumlah sebagaimana senyumnya Rasulullah idolamu, kepada sahabat-sahabat baginda. Hayatilah keindahan akhlak baginda walaupun terhadap yang bukan muslim.
Sabda baginda: “senyumanmu kepada saudaramu adalah sedekah”.
”Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah salallahu alaihi wasallam,”
(HR.Tirmidzi).


Senyumlah daie!

No comments:

Post a Comment