Tuesday 26 June 2012

Muslim terhadap saudara-saudaranya dan sahabat-sahabatnya.

Assalamualaikum wbt..

Aduh.. Kali ni tak sempat nak menulis kerana sedang dalam tempoh final exam. (Doakan saya..) Tapi saya terjumpa satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi dari blog Teratak Ukhuwah.
(Maaf ye, cuma sempat copy paste sahaja untuk kali ini..) Enjoy~


Mencintai mereka kerana Allah:


Sesungguhnya satu dari sifat-sifat muslim yang benar ialah cintanya kepada saudara-saudaranya dan sahabat-sahabatnya dengan cinta yang tinggi, bersih dari segala faedah, bersih dari dari segala tujuan dan jernih dari segala saduran. Cintanya ikhlas kerana Allah semata-mata, kerana mengharapkan keredhaan Allah. Itulah cinta persaudaraan yang benar yang terpancar dari cahaya lampu dan hidayah Rasulullah. Lalu menjadi satu misal perumpamaan yang tinggi dan agung yang tiada tolok bandingnya di dalam perhubungan kemanusiaan. Memberi kesan dan pengaruh kepda sikap manusia muslim, satu sikap yang luar biasa istimewa dan unik  didalam sejarah pergaulan manusia.