Sunday 11 March 2012

Seindah simpulan reben


Ahmad:      Aku dah bosan dengan hidup aku! Setiap pagi pergi kuliah, petang balik aku mengantuk lepas tu penat tido. Malam-malam aku study jugak macam korang. Tapi sama je resultnya. Tak berubah pun. Aku bosanlah setiap hari hidup aku macam ni.

Ali:      Haih Mad, jangan macam tu. Kalau bosan sangat, petang-petang tu jom la kita pergi main bola dengan kawan-kawan lain. Hilang stress sikit. Mari.

Ahmad:      Ahh, kau cakap senanglah. Bukan kau yang rasa. Untunglah mak ayah kau tak selalu suruh kau buat macam-macam. Aku ni kena tekan je setiap hari. Kalau aku saje-saje buat-buat tak call satu minggu tu, mulalah mak ayah aku bising call kat henset aku. Aku bosanlah hidup aku kena control!

Ali:      Ahmad, merekakan mak ayah engkau. Tentulah mereka nak sangat ambil tahu pasal kau. Mereka risau pasal kaulah tu. Siapa lagi nak ambil berat pasal kau sampai macam itu.

Ahmad:      Kau kan ada. Kau kawan aku kan? Kaulah kena ambil berat pasal aku. Kenapa? Kau pun nak buat perangai macam mak ayah aku jugak ke? Ok, lah. Fine! Oih, aku tak heranlah kalau kau pun nak membebel-bebel kat aku. Aku ade banyak lagi member-member lain. Aku bosan dengan takdir hidup aku. Aku bla skarang! Salamualaikum!

Pom! Pintu dihempas kuat pada daunnya.

-----------------------------------------------------------

Dialog di atas, mungkin pernah dialami oleh sebahagian daripada kita. Atau kalau bukan kita pun yang alaminya, mungkin sahabat atau ahli keluarga kita pernah melaluinya.

Depresi dengan hidup, kecewa, tak tentu arah. Sampaikan kadang-kala kita terasa hidup kita sudah tiada makna lagi. Bebanan berat yang terpikul di bahu. Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Sering-kali sahaja tersinggah dalam diari hidup kita.


Acap kali kita serik dengan hidup. Pergi sana tak kena. Pergi sini tak kena. Buat itu salah, buat ini tak boleh. Sakitnya hati bila selalu diarahkan. Sudahlah pagi tadi result final exam keluar. Tak lulus. Balik-balik rumah je kawan-kawan buat hal. Esok pagi pergi kelas, lecturer minta assignment pula. Yang tak sempat-sempat nak buat dek kerana terlalu tertekannya hidup.

Sehinggakan putus asa selalu mencari peluang untuk menjatuhkan kita...

----------------------------------------------------------

Mari kita berkongsi cerita. Kita ketepikan dahulu cerita tentang diri kita. Kita tengok cerita orang lain. Ingat kisah orang-orang Somalia?

"Mula la tu nak cerita touching-touching."
"Tak, bukan. dengar dulu."

"Ah, tak payahlah. Aku tau laa kau mesti nak cakap hidup diorang susah kan? Diorang laparkan? Ala, setakat tak cukup makan je  pun. Takde kaitan dengan masalah aku. Aku tahu laa semua tu."
"Oh, ye ke...... ok..."

"Eh, chill la bro.. Aku saja-saja je tadi. Teruskanlah apa yang kau nak cakap"
"Erm, gini... Engkau ada telefon bimbit?"

"Ada. Kenapa?"
"Cuba engkau campak sekuat hati ke dinding."

"Kau gila apa? I Phone 4 cover pink ni?! Aku baru je beli dalam group Pasar Mesir bulan lepas kot!"
"Kenapa? Telefon je pun. Takde beza pun fungsi dia dengan handphone cikai tepi jalan tu."

"Mana boleh, aku peminat gadget kot, kena la up to date selalu."
"Perlu ke? Kalau kau sekarang ada kat Somalia. Agak-agak apa yang kau buat dengan telefon bimbit kau?"

"Err... aku jual untuk makanan agaknya.."
"Hah, kenapa kau jual? Bukan kau sayang ke?"

"Sebab kalau aku makan I Phone, aku tak kenyang kat Somalia tu..."   (O.o")
"Erk.. Bagus la cara kau berfikir..." (=.=") "...Jadi sekarang kau nampak tak apa yang aku nak sampaikan?"

"Erm, kurang jelas."
"Ok, macam ini. meh aku jelaskan kat perenggan bawah, tak muat pulak nak buat dialog kat sini.."

"Oh, ok.."

-----------------------------------------------

Point saya sebenarnya, kebanyakan daripada kisah-kisah duka atau beban yang kita hadapi. Kita kadang-kadang terlupa antara mana yang perlu dan mana yang kita mahu. Atau dalam erti kata lain, kita tidak dapat bezakan dengan baik yang manakah 'Keperluan' dan 'Kehendak'.

Kalau boleh kita nak semua yang kita boleh ambilkan?

Depresi yang kita lalui kadang-kala berpunca daripada kita yang terlupa akan hala tuju kita. Seorang pelajar yang telalu risaukan untuk mengambil peperiksaan. Dan hanya melayan kerisauan itu tanpa membuka sebarang buku untuk mengulangkaji pelajarannya. Adakah dia boleh mendapat keputusan yang dia harapkan dengan risau sahaja?

Seorang pekerja, yang risau sehingga tidak mahu tidur malam kerana takut lewat untuk ke kerja dan dimarahi bos. Lalu dalam jagaannya malam itu, dia tertidur secara tidak sengaja. Tidur yang lewat walaupun secara tidak sengaja itu, secara logiknya adakah dia mampu untuk bangun awal ke tempat kerja?

Dan seorang anak, apabila asyik risau akan ibubapa yang terlalu mengawalnya. Adakah kebanyakan perkara yang dirisaukan ibu bapa itu salah atau silap? Kita kadang-kala terlalu memikirkan keseronokan kita. Sehinggakan keinginan keseronokan kita itu telah mengatasi pemikiran kita untuk kebaikan. Seperti seronoknya seorang mat rempit hingga tidak perasan selekoh, lalu terlibat dalam kemalangan tanpa disedari.


Kadang-kala kita terlalu obses untuk seronok sehingga apabila kebaikan datang untuk menasihati, kita merasakan kebaikan itu suatu bebanan lalu kita tension tak tentu pasal.
-----------------------------------------------------

Sepertimana kisah atas tadi. Ahmad sebenarnya telah terlupa akan tujuan hidupnya. Pelajarannya terganggu kerana terlalu memikirkan perkara lain ketika sedang belajar. Mana tidaknya. Buku yang dibukanya bertajuk Fizik. Tetapi jiwanya berada di shopping complex.

Lalu peperiksaan tiba. Dia tidak mampun hendak tulis apa-apa... Depresi melanda lagi.. Tidak dapat menjawab peperiksaan. Mak ayah pula marah. Lalu puncanya siapa?

Saya rasa, Ahmad sebenarnya boleh saja berseronok sekali-sekala bersama sahabatnya. Dengan syarat ibubapanya berpuas hati dengan apa yang mereka mahukan. Cemerlang dengan baik. Dan Ahmad sebenarnya tidak perlu terlalu memikirkan keputusannya. Dia telah ibarat tidak mempercayai yang setiap yang berlaku itu mungkin punyai beribu-ribu bahkan berjuta-juta hikmah yang terselindung yang cuba Tuhannya tunjukkan demi untuk mendidiknya secara tidak langsung. Tidak mungkinkah begitu?

-------------------------------------------------------------

Seindah Simpulan Reben


Lalu selepas asar tadi, secebis buah fikiran datang menyepa. Ilham dari yang Maha Esa mungkin. Atau mungkin juga bisikan dari makhluk yang dimurkai oleh-Nya mungkin. Tapi saya mahu juga berkongsi.

Hidup kita saya ibaratkan sebagai sebuah reben. Akan dilihat cantik dan indah apabila seseorang itu mampu mengikatnya dengan baik. Tetapi dilihat buruk apabila orang yang mengikatnya tidak tahu apa yang sedang dilakukan.

Begitulah kita. Indah dan cantik hidup ini, kita yang membentuknya. Hendak tahu bagaimana cara mengikatnya dengan indah dan cantik? Belajarlah. Sebagaimana belajar mengikat reben dari yang tahu dan mahir mengikatnya, carilah murabbi atau guru yang mampu untuk kamu pelajari daripadanya bagaimana hendak membentuk hidup ini dengan cantik.
Susah dalam kehidupan kamu. Janganlah kamu bersedih.
Jika sukar. Kembalilah pada-Nya yang sebaik-baik Maha Mendengar.
Yang mampu merahsiakan segala pohonan kita.
Yang mampu berkongsi susah senang liku-liku hidup hamba-Nya.
Pendengar yang setia kepada yang meminta.
Pendengar yang senantiasa tahu kisah kita walaupun tanpa kita ceritakan.

Susah dan senang hidup kita, berada pada tangan kita. Cuma kita sahaja yang mampu mencorakkan hidup kita dengan bantuan-Nya.
"Dan sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang beriman pada jalan yang lurus..."
(Surah al-Hajj : 54)

Simpulkanlah ikatan reben hidupmu dengan indah, nescaya kamu tidak akan menyesal!
InsyaAllah! 


Wassalam..

No comments:

Post a Comment