Wednesday 19 October 2011

Teringat..

Assalamualaikum wbt..

Subhanallah,,
Sejak beberapa hari ini..

Rasa rindu kepada tanah air semakin menjadi-jadi.. =.=
Masuk hari ni..
Sudah hampir 6 minggu aku berada di Ardhul Kinanah..

12 September merupakan hari terakhir aku mengucup tangan ibubapaku di KLIA sebelum berlepas menjejakkan kaki ke dalam pesawat Gulf Air.



Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam ke Bahrain itu.. agak sukar untuk aku percaya kerana.. aku lihat pada paparan skrin di dalam pesawat tersebut, aku telah melintas Selat Melaka, Indonesia, Lautan Hindi, Sri Lanka, india, Iran, Iraq, Teluk Parsi dan akhirnya Bahrain.. Jauhnyee..

Dan pengalaman yang menarik ketika penerbangan tersebut ialah.. pesawat kami dipukul oleh angin siklon dari Laut Hindi.. Lalu, terdengarlah beberapa suara yang meloyakan tekak dan memeningkan kepala.. Peristiwa ini berterusan hampir 2 jam ketika kami dalam pesawat tersebut.. Tetapi, alhamdulillah kami selamat sampai ke Bahrain.. :)





Bahrain, sebuah negara pulau yang kaya raya dan panas macam dalam oven.. =.=

Monday 17 October 2011

Sebuah Lecture

Hari ini hari Isnin..

Seperti biasa, pagi suhu 19 degree celcius.. =.="
ya Allah, sejuknye nak pergi masjid tadi...



Pagi tadi aku sangat mengantuk, tapi ku gagahkan juga diri untuk ke kuliah..
(walaupun perut asyik meragam je)..
teringat ayat malam tadi dalam kelas tafaquh:
"Kita tak akan rasa nikmat sihat kalau kita sentiasa sihat..."
Huhu.. Tak apa.. Kelas tu penting..

Aku lihat jadual:

Saturday 15 October 2011

Nafas Baru!

Assalamualaikum wbt..

Wah,, dah bersarang dah blog nih.. :)

memang aku akui, dah berbulan-bulan dah aku meninggalkan blog ini. bile tengok balik post aku yg terakhir kt blog ni, rupa-rupanya bertarikh: 18 MAY 2011.. Ya Allah,, lamanya..

Setelah sekian lama meniggalkan medan ber"blogging". Kini ku kembali.

Semoga diri ini sentiasa Istiqamah dalam berkongsi.. Insyaallah~