Thursday 12 April 2012

Terfikir

Assalamualaikum wbt..


Kadang kala kita bermegah dengan akal yang diberikan Allah swt kepada kita kerana kita telah berjaya mengasah ketajaman cara kita berfikir sehingga kita merasakan kita sahajalah yang betul dan org lain salah..

Tapi ketahuilah hakikat sebenarnya, akal kita hanya mampu merentasi perkara-perkara logik sahaja. Dalam banyak-banyak perkara yang kita mampu fikir ini, semua logik-logik belaka. Kita tidak mampu berfikir merentasi perkara-perkara yang tidak logik. Sukar untuk menerima sesuatu yang tidak mampu kita nampak secara logik..

Tetapi ketahuilah bahawa, kekuasaan Allah swt itu, lebih banyak daripada apa yang kita dapat fikirkan. Kejadian syurga, neraka, titian sirat, dosa, pahala. Kita nampakkah semua itu? Sukarkan untuk menerima hakikat ini kalau kita adalah jenis seorang yang mempunyai hati yang keras dan bertegas untuk mendapatkan bukti atas setiap perkara?

Atas keterbatasan akal kita inilah Allah swt hantarkan seorang pemberi peringatan kepada umat kita. Ketika itulah hadirnya seorang insan seperti kita juga, tetapi dimuliakan Allah swt wajahnya, akhlaknya, sifatnya. Itulah Rasulullah swt..

Baginda telah mengajar kita supaya sentiasa mencari hikmah atas segala sesuatu kejadian yang berlaku. Sentiasa memberi kita dorongan supaya mengambil pengajaran atas setiap perkara yang pernah berlaku kepada kaum-kaum sebelum Baginda diturunkan.

Air laut ditarik di Pulau Pinang susulan gegaran di Sumatera

Lihatlah kejadian baru-baru ini yang mana ahli geologi telah mengesahkan akan berlaku kejadian tsunami yang bakal mengulang kembali kejadian 26 Disember 2004 yang dikatakan kejadian tsunami terburuk dekad ini..

Sangkaan kejadian tsunami akan melanda negara-negara berdekatan seperti Malaysia, Indonesia, Thailand serta beberapa negara termasuk Asia Selatan, Timur Afrika, Australia, sehinggalah ada yang menjangkakan sedikit kesan tsunami akan turut dirasai di benua Amerika Utara & Selatan..

Negara-negara yang dikatakan bakal merasai kesan tsunami selepas amaran tsunami dikeluarkan. Bintang kuning tersebut menunjukkan pusat gegaran.


Tetapi apa yang belaku, 13 jam selepas itu amaran Tsunami telah ditarik balik. Dan para ahli geologi  telah mengesahkan bahawa kejadian gempa bumi tersebut tidak mampu mnghasilkan ombak besar walaupun gegaran 8.4 pada skala Richter itu mampu dirasai jauh daripada pusat gempa berbanding kejadian 2004 dahulu.

 
Air laut ditarik sehingga kelihatan seperti kawasan yang kering kontang di Port Dickson susulan gegaran
Walaupun air laut tiba-tiba menjadi surut sejauh mata memandang, namun hanya Allah swt sahaja mampu menentukan semuanya.

Lihatlah bertapa ramainya masyarakat di sekitar kawasan yang dijangka akan menerima kesan tsunami tersebut begitu panik dan cemas. Bertapa ramai yang kembali mengingati Allah swt.Bertapa ramainya kembali mengaku menjadi hamba-Nya.

Berfikirlah, renung-renungkanlah. Ambil beberapa ayat kawan-kawan di Facebook:
Amaran tsunami telah ditarik balik, tetapi amaran Allah swt tetap amaran yang perlu di jadikan ikhtibar.
----------------------------------------------------
Manusia mampu mencari sebab, tetapi yang menciptakan segala apa yang berlaku hanyalah Dia. Dan denan rahmat-Nya sahaja kita mampu diselamatkan..
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(Surah Al-An'aam, Ayat: 32).
Berfikirlah, tidak guna kita dikurniakan akal tetapi tidak mahu berfikir atas setiap kejadian yang belaku di sekitar kita..  

WaAllahua'lam.. :)

No comments:

Post a Comment