Monday 26 December 2011

Cinta Hati...


Apa rasanya bercinta?
Apa rasanya dicintai?
Apa rasanya sentiasa diingati?
Apa rasanya dikasihi?

Subhanallah, anugerah CINTA..
Ciptaan Maha Esa, yang  tiada tolok bandingnya..

Cinta seorang ibu & ayah kepada anaknya..
Cinta seorang ayah kepada ibu..
Cinta sepasang merpati yang berterbangan di angkasa..
Cinta seekor ibu kucing kepada anaknya..

Kasih seorang sahabat kepada kawannya..
Kasih seorang guru kepada anak muridnya..
Kasih seorang petani kepada tanamannya..

MasyaAllah.. indahnya..
Kasih dan cintanya seorang ibu & ayah, sanngup berkorban demi anaknya..
Kasih dan cinta seorang guru, dikorbankan masanya demi anak didiknya..
Kasih dan cinta seekor ibu penyu, sanggup dia meninggalkan laut untuk ke pantai..

Seorang pencinta,
sanggup meninggalkan segala kesenangan,
demi melihat cintanya berasa senang, selesa dan selamat..

Indahkan?
Begitulah gambaran cinta..
Apatahlagi, Cinta seorang kekasih kepada kekasihnya..

Ya Allah,
hati ini pernah mencium aroma cinta..
hati ini pernah mengalunkan lagu cinta..
hati ini pernah bernafas nafas cinta..

Indahnya cinta itu ya Allah..
Indahnya apabila diri ini sentiasa diambil berat..
Indahnya apabila diri ini sentiasa dirasakan bermakna..
Indahnya apabila luahan rasa hati ini sentiasa didengar..

Cerianya rasa..
Tidak terperi indahnya...
merasai nikmat cinta.. ^_^

Tapi,
cintaku..
suatu ketika..
aku sedari..

Terdetik rasa tidak senang..
Terdetik rasa bersalah..
Terdetik rasa..

Uh..
kesal..
kasihan...
Kenapa??

bukankah cinta itu indah?
bukankah cinta itu nikmat?
bukankah cinta itu....
sangat-sangat bahagia??

Kenapa boleh jadi begini?

Suatu hari..
Diri ini mencari..
mencari..
dan mencari..
Apakah puncanya?
Apakah sebabnya?

Kenapa diri ini resah?
Kenapa diri ini resah?

Apalah silapnya?

Kalam suci beralun..

hati ini tiba-tiba diketuk..
hati ini tiba-tiba dipanggil..

Apabila tiba pada kalam al-isra'
31 tulisnya...

hati ini terkasima..
hati ini terkedu..
hati ini...

menangis..

Ya Rabbi..
Hati ini telah jauh darimu..
Suatu ketika,
hati ini telah terleka dari rahmat-Mu..

Hati ini terlupa,
Hati ini ter...
Huh..
Hati ini telah berdosa..

Hati kecil ini telah lupa pada penciptanya..
Leka daripada Rahmat kasih-Nya..
Terlalu ayik akan nikmat cinta..
Yang telah diluahkan kepada hamba Pencipta Cinta itu..

Rupanya hati ini telah gelap..
Hati ini telah tersalah langkah..
Meminta ihsan Cinta daripada yang tidak halal..

Ya Allah..
Aku bersalah..
Aku bersalah pada-Mu..
Aku bersalah kepada hamba-Mu..
Aku bersalah pada kekasih yang hati aku kasihi..
Aku telah membawanya ke lembah yang gelap..

Ya Allah..
Ampuni aku..
Ampuni hambamu yang lemah ini..
Ampuni diri ini..
Ampunilah aku ya Allah..

Ya Allah,,
Hati ini menyesal..
Kerana pernah melukakan..
Ampunilah orang yang pernah aku kasihi sauatu ketika dahulu..
Aku yang bersalah ya Allah..

Aku yang mulakan kesilapan itu..
Aku yang leka..

Aku telah menyalahgunakan nikmat Cintamu..
Berat hati ini untuk meninggalkan yang salah itu..

Tapi apakan daya..
Hidup ini tidak bermaknya..
Jika diselubungi murka-Nya..

Ya Allah..
titipkanlah hati ini Cinta kepada-Mu..
Jauhkanlah hati ini dari maksiat ya Allah..
Ampunilah orang yang pernah hati ini kasihi ya Tuhanku..
Ketemukanlah aku..
Cinta yang engkau redhai..
Suatu hari nanti..
Ya Tuhanku..

Amin...


"..And He giveth you of all that ye ask for. But if ye count the favours of Allah, never will ye be able to number them. Verily, man is given up to injustice and ingratitude.."
(Surah Ibrahim : 34)


-Jam0048, 27 Dis 2011-
-Tanta, al-Gharbiyah, Mesir-

1 comment:

  1. Biarkan aku menangis,
    Kerana air mata ini akan menjadi saksi,
    Betapa aku MENYINTAIMU..
    Sang Penciptaku... :')

    ReplyDelete