Thursday 10 November 2011

Korban.. 11'

Assalamualaikum wbt..

Post kali ini, aku mahu bercerita mengenai...
Raya Aidiladha pertamaku di bumi Kinanah.. :D

Sambutan Hari Raya Aidiladha di sini ternyata amat berbeza dan boleh kata, lagi feel~
Bukan maksud aku nak kata yang sini lebih baik, tapi.. boleh dikatakan sini sangat meriah.. hehe..

Di Istad (Stadium)
Sehari sebelum hari Raya Aidiladha, salah satu masjid kat sini ada buat majlis Iftar Jamai'e sempena Puasa Sunat Yaumul A'rafah (Hari Arafah). Kebanyakan tetamu pada malam itu ialah orang-orang Malaysia yang tinggal di sekitar itu..

Kali pertama pengalaman bersolat di depan makanan.. hehe..
Sebabnye, kitorg buka puasa dengan minum beberapa teguk air kosong di tempat makan yang dihamparkan kain yang panjang sebagai pengalas tempat letak makanan.. Sejurus lepas berbuka, solat terus dilaksanakan..
Macam mane tu?


Cuma bangun, hadap kiblat, solat je lah terus macam biase.. :D
Bezanya, saf terpecah-pecah sedikit kerana makanan yang berada di lantai..

"Islam itu mudah..."

Lauk-pauk arab ni, simple je.. Nasi yang ditanak bersama minyak, danging rebus dan dibakar sedikit & sayur-sayur simple yang dipotong kecil-kecik.. itu je, tapi sedaaap~

Malam tu pula, ada Majlis dinamakan sebagai: HARMONI 11'..

Satu Program yang dianjurkan oleh DPMT (Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) & PCT (PERUBATAN Cawangan Tanta) sempena sambutan Aidiladha.. So, segala perkara dari binatang korban, semelihan, jamuan semua mereka uruskan.. senang~ hehe..

Pagi Raya,,

Kebiasaannya, orang-orang tempatan akan bangun lewat pagi-pagi.. tapi pagi raya tu, lepas subuh je dah bising-bising... (makluman, subuh sini masuk 4:45am.. hee)
Kami dimaklumkan yang solat hari raya akan didirikan di Istad bersama penduduk-penduduk Tanta,, kebiasaannya solat dah bermula pukul 6 am.. awalnye.. =.="

So, nak tak nak... seawal-awal 5:30 tu kitorang mandi sunat.. sejuk pun sejuk lah~
(bayangkan air bersuhu 17 degree C menyentuh kulit anda~)

Pagi masa kitorang keluar rumah, jalan-jalan kecil yang bising pagi tadi sume dah lengang..
Agaknye semua dah gerak pergi Istad agaknye.. Masjid-masjid kecil sini semua tutup..
cuma segelintir masjid besar je yang bukak.. lain-lain semua solat di Istad..


Sangakaan kami betul, sememangnya ramai yang sedang menuju ke istad..
Macam nak pergi haji pulak masa jalan tu.. ramai orang...




Ini jalan masuk nak ke istad, jalan ni sudah ditutup oleh pihak polis dah telang dikhaskan untuk laluan para jemaah untuk bersolat di Istad,, Jalan ni penuh dengan pelbagai ragam manusia daripada segenap pelusuk tempat kat bandar Tanta ni..

Cuma gambar yang boleh menceritakan bertapa meriahnya sini.. :)

Ramainye orang.. kan?
Selepas solat & Khutbah.. Kami pun ke kawasan sembelihan..

Yang bulu lebat-lebat sikit ut namenye Khoruf (macam kambing, tapi bulu die tebal sikit & cuma ada dekat negara-negara sekitar sini sahaja..)


Rupa-rupanya orang-orang arab sini pun jarang tengok unta,, atau mungkin tak pernah agaknya..
Unta yang kat atas ni Import dari Giza (Kawasan Padang Pasir yang ada Piramid tu)

Oh,, sebenarnya orang-orang sini budaya sembeliannya tak sama seperti kita di Malaysia.. Mereka akan sembelih binatang korban mereka dirumah atau di dalam garaj-garaj mereka.. itulah sebab aku hairan, takde pun nampak binatang korban yang diorang tambat dekat sekitar-sekitar rumah diorang, diorang memang letak dalam rumah & buat korban pun dalam rumah.. Tahu-tahu je dah ade tulang & darah dekat tepi-tepi jalan yang tak berlongkang tu..

Sini sememangnya takde longkang ye~ sebab, tak hujan,, hehe..
kalau hujan pun cuma 2 kali je setahun.. tapi kalau hujan tu,, memang terbaek laa lecak-lecak yang bercampur debu-debu yg hitam kat tengah-tengah jalan tu~

Satu lagi, diorang takde nak gali-gali lubang untuk darah haiwan sembelihan tu sume..

So, apabila orang-orang Malaysia buat acara sembelihan kat satu area yang dalam gambar atas ni, diorang pun tengok macam tak pernah tengok.. (paham tak?).. Kirenye jakun jugak ar..
hehe,, (maaf bahase kasar)

kitorang pun buat la macam biasa,, sembelih, lapah, potong-potong sikit,, bwk umah.. :)




Keesokkan harinye, DPMT & PCT menganjurkan jamuan sempena Aidiladha & Majlis Walimatul Urus untuk 3 orang senior-senior sini yang sudah berkahwin..
Itulah sedikit sebanyak pengalaman beraya di perantauan yang dapat dikongsi bersama.. :)
Kepada keluarga, sahabat serta kenalan-kenalan di Malaysia:
 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!



 “Makan dan minumlah dan janganlah kalian berbuat israf (berlebih-lebihan), sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat israf. “ 
(Surah Al-A’raaf: 31).
Wassallam.. 

1 comment:

  1. Islam itu di mana2..
    dan sgt cantek bila bersame
    meskipun berbilang warna..
    islam yg indah itu bukan di atas nama,
    tapi islam yang menakluki hati..insyaAllah..

    ReplyDelete