Wednesday 19 October 2011

Teringat..

Assalamualaikum wbt..

Subhanallah,,
Sejak beberapa hari ini..

Rasa rindu kepada tanah air semakin menjadi-jadi.. =.=
Masuk hari ni..
Sudah hampir 6 minggu aku berada di Ardhul Kinanah..

12 September merupakan hari terakhir aku mengucup tangan ibubapaku di KLIA sebelum berlepas menjejakkan kaki ke dalam pesawat Gulf Air.



Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam ke Bahrain itu.. agak sukar untuk aku percaya kerana.. aku lihat pada paparan skrin di dalam pesawat tersebut, aku telah melintas Selat Melaka, Indonesia, Lautan Hindi, Sri Lanka, india, Iran, Iraq, Teluk Parsi dan akhirnya Bahrain.. Jauhnyee..

Dan pengalaman yang menarik ketika penerbangan tersebut ialah.. pesawat kami dipukul oleh angin siklon dari Laut Hindi.. Lalu, terdengarlah beberapa suara yang meloyakan tekak dan memeningkan kepala.. Peristiwa ini berterusan hampir 2 jam ketika kami dalam pesawat tersebut.. Tetapi, alhamdulillah kami selamat sampai ke Bahrain.. :)





Bahrain, sebuah negara pulau yang kaya raya dan panas macam dalam oven.. =.=

 Setelah transit selama 22 jam, aku meneruskan perjalanan bersama rakan sepejuangan yang lain untuk ke destinasi kami yang sebenar.. Bumi para Anbiya'..


Aku melihat melalui tingkap bersebelahan sayap.. MasyaAllah, aku nampak Laut Merah dah..


Iitulah Tanah Sinai, Di mana terletaknya bukit yang dipanggil Bukit Tursina. Tempat di mana Nabi Musa a.s berkomunikasi dengan Allah swt suatu ketika dahulu. 
(Waktu ini terlalu terik di luar.. sampaikan gambar pun nampak gelap..)

Kulihat di sini hampir tiada awan pada langitnya..
Apabila pilot telah mengumumkan kami sudah masuk ke ruang udara Mesir, hatiku berdebar-debar..

Dan ketika aku kali pertama menjejakkan kaki ke bumi yang pernuh barakah ini..
aku agak kekok dan gementar..

"Apakah benar aku telah sampai?"

Mator el-Qaherah ad-Dauli..
(Cairo International Airport)

Kami menunggu bas untuk membawa kami ke destinasi kami yang seterusnya..
Di sini, pelajar perempuan yang menuju ke Tanta akan menaiki bas yang berasingan daripada pelajar perempuan yang akan ke Iskandariah (Alexandria).. (kerana bilangan yang ramai)

Pelajar perempuan yang ke Iskandariah akan naik bersama pelajar lelaki yang ke Tanta dan ke Iskandariah..

Perjalanan dari Kaherah ke Tanta mengambil masa selama 2 jam..

Mator el-Qaherah ad-Dauli..
(Cairo International Airport)


Kami menunggu bas untuk membawa kami ke destinasi kami yang seterusnya..
Di sini, pelajar perempuan yang menuju ke Tanta akan menaiki bas yang berasingan daripada pelajar perempuan yang akan ke Iskandariah (Alexandria).. (kerana bilangan yang ramai)


Pelajar perempuan yang ke Iskandariah akan naik bersama pelajar lelaki yang ke Tanta dan ke Iskandariah..


Perjalanan dari Kaherah ke Tanta mengambil masa selama 2 jam..
 Jalan-jalan raya di sini hampir kesemuanya tiada line~
Tapi pemandu-pemandu kat sini sangat cekap..
Diorang pakar dalam mengelak dan mengehon.. =.="

Wah,, tak sangka pulak dekat mesir ada ruang hijau seluas ini~ hehe..

Pemandangan hijau, menunjukkan yang kami sedang memasuki Muhafazah el-Gharbiyah.
Muhafazah tu,, lebih kurang negeri ar.. Gharbiyah = barat..

so, Muhafazah el-Gharbiyah = Negeri Barat..
Pusat negeri ini ialah bandar Tanta,,

huh,, Tanta?!
dah dekat dah...

Kami tiba di Tanta ketika masuknya waktu maghrib di sini..
sesampainya kami di sini, kami disambut oleh persatuan PERUBATAN di sini..

Wah~
Orang-orang sini sangat peramah..
dan senior-senior sini juga baik-baik belako..
Alhamdulillah..

Manakala, beberapa rakan-rakan kami yang menuju ke Iskandariah, meneruskan perjalanan mereka..
(sadis la pulak~)

Begitulah perjalanan aku ke bumi anbiya' ini..
oh ya,, nak tahu apa maksud Ardhul Kinanah?

maksudnya: Bumi Sumpahan..

Program orentasi kami diatur oleh PERUBATAN Cawangan Tanta selama beberapa hari dan mantop! :)
Program tersebut dinamakan Ahlan' 11..
dibawah ini beberapa keping gambar yang aku ambil tentang tempat tinggal baru aku:

 Kulliyatu Tibb
Kalau bahasa arab fushah, Universiti dipanggil Jamiah..
Kalau dalam Amiyyah mesir: Gamaah..
 Pintu Cantik Gamaah Tanta
(tak pernah buka pun)
 Berhadapan Imarah Oman..
Orang Malaysia panggil "Sawah"~
 Bersebelahan pintu masuk Gamaah Tanta
Kuliyatu Ulum (Fakulti Sains)
 Itu dia, Kuliyatu Tibb
 Pondok polis di selubungi kabus..
Kadang-kadang, Tanta diselubungi kabus pasa waktu pagi..
mungkin kerana kawasannya yang dikelilingi tumbuhan hijau :)
Hoho,, masih ada lagi kereta kebal yang digunakan semasa Thaurah (revolusi) Mesir beberapa bulan lalu yang disimpan di dalam Istad (Stadium)..
Tempat ini sentiasa dikawal rapi oleh tentera Mesir yang lengkap bersenjata.. O.o

Inilah jalan utama yang menghubungkan
Kaherah (ibu negara) dan Iskandariah (bandar pelabuhan & pelancongan)..
Tanta merupakan bandar yang terletak ditengah-tengah laluan yang sibuk ini..
jadi tak hairanlah kalau selalu nampak lori Trailer yang panjang-panjang di laluan ini.. 


Begitulah serba sedikit pengalaman yang dapat aku kongsi bersama..

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)..."

(Surah al-Jumuah : 10) 

Doakan Kejayaanku..
InsyaAllah..

WaAllahua'lam..

3 comments:

  1. amboi bang,mntg2 post psl jiwang,ngan lagu2 skali jiwang kee.... :p

    ReplyDelete
  2. erk,, jiwang kah lagu itu?? =.="
    tak tau lak,,

    ReplyDelete