Assalamualaikum wbt..
Aduh.. Kali ni tak sempat nak menulis kerana sedang dalam tempoh final exam. (Doakan saya..) Tapi saya terjumpa satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi dari blog Teratak Ukhuwah.
(Maaf ye, cuma sempat copy paste sahaja untuk kali ini..) Enjoy~
Aduh.. Kali ni tak sempat nak menulis kerana sedang dalam tempoh final exam. (Doakan saya..) Tapi saya terjumpa satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi dari blog Teratak Ukhuwah.
(Maaf ye, cuma sempat copy paste sahaja untuk kali ini..) Enjoy~
Mencintai mereka kerana Allah:
Sesungguhnya satu dari sifat-sifat muslim yang benar ialah cintanya
kepada saudara-saudaranya dan sahabat-sahabatnya dengan cinta yang
tinggi, bersih dari segala faedah, bersih dari dari segala tujuan dan
jernih dari segala saduran. Cintanya ikhlas kerana Allah semata-mata,
kerana mengharapkan keredhaan Allah. Itulah cinta persaudaraan yang
benar yang terpancar dari cahaya lampu dan hidayah Rasulullah. Lalu
menjadi satu misal perumpamaan yang tinggi dan agung yang tiada tolok
bandingnya di dalam perhubungan kemanusiaan. Memberi kesan dan pengaruh
kepda sikap manusia muslim, satu sikap yang luar biasa istimewa dan
unik didalam sejarah pergaulan manusia.
Sesungguhnya tali yang telah mengikat seorang muslim dengan
saudaranya tanpa mengira bangsanya, bahasa dan warna kulitnya, ialah
tali iman kepada Allah, tali Allahlah yang paling kuat.
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara”
Persaudaraan atas dasar iman adalah ikatan jiwa yang paling kuat,
simpulan hati yang paling teguh dan penghubungan akal dan roh yang
paling kudus.
Tidak hairanlah kalau kita dapati bahawa buah persaudaraan yang unik
itu menghasilkan gambaran cinta yang ajaib di dalam ketinggiannya.
Inilah cinta suci yang sejati yang dinamakan oleh islam sebaga cinta
kepada Allah dan kerana Allah. Itulah manusia muslim yang benar akan
dapat menikmati kemanisan iman.
“Tiga perkara siapa yang ada padanya, dia menikmati kemanisan iman. Adlah Allah dan RasulNya lebih tercinta kepadanya dari yang lain dari keduanya. Dan dia mencintai seseorang yang tidak mencintainya kecuali kerana Allah sahaja. Dan dia benci untuk pulang (kembali) kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dia daripadanya sebagaimana dia benci dilemparkan kepada neraka.”
Cukuplah kemuliaan bagi ke dua orang yang berkasih sayang kerana
Allah (s.w.t). Sesungguhnya Allah Taala Rabbul ‘Izzah menyeru mereka dan
mempersil mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, pada hayri
berhimpunnya sekalian bani Adam di padang Mahsyar yang maha luas itu.
Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
“Di manakah orang-orang yang berkasih-sayang kerana kemuliaanKu.Pada hari ini aku pelindungi mereka di bawah naunganKu pada hari tiada lagi naungan kecuali naunganKu.”
(Riwayat Muslim)
Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempunanya ganjaran
yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih-sayang kerana Allah
Subhanahu wa taala. Sesungguhnya cinta kerana Allah, bukan kerana
sesuatu yang lain di dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh
dengan berbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh
nafsu. Jadi cinta kerana Allah di dalam suasana yang sangat payah untuk
dicapai.
Tiada yang mampu disampainyakecuali orang yang bersih jiwanya,
tingggi melangit semangatnya dan melihat hinanya dunia ini menurut
pandangannya disamping keredhaan Allah (s.w.t). Tidaklah menghairankan
kalau Allah (s.w.t) menyediakan bagi mereka makam darjat yang tinggi dan
nikmat bahagian yang istimewa. Sesuai pula dengan kemuliaan dan
ketinggian mereka di dunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia, yang
serba mewah dan penuh perhiasannya. Kita dapati keterangan demikian
dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah (s.a.w),
baginda bersabda:
“Allah Azza Wajalla berfirman: ‘Orang-orang yang berkasih-sayang kerana kemuliaanKu mereka mempunyai manabir (beberapa mimbar) dari cahaya, para nabi dan syuhada’ menyukai mereka.”
(Riwayat Tirmizi)
Ini juga jelas terkandung di dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a):
“ Bahawasanya ada seorang lelaki pergi yang pergi menziarahi saudaranya (sahabatnya) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh satu malaikat untuk memerhatikannya di atas jalannya, maka tatkala dia sampai kepadanya berkatalah dia: ‘Hendak ke mana engkau?’ Lelaki tersebut menjawab: ‘ Aku hendak menemui seorang saudaraku di kampung itu.’ Malaikat bertanya lagi: ‘ Adakah bagimu budi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya.’ ‘Tidak, akau mencintainya kerana Allah Taala.’ Maka berkatalah malaikat itu kepadanya: ‘Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau bahawa sesungguhnya Allah Taala telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.”
(Riwayat Muslim)
Alangkah besarnya cinta yang demikian yang mengangkat manusia sampai
ke darjat di mana Allah mencintai dia dan meredhainya. Sesungguhnya
Rasulullah Sallahu alaihi wassalam telah mengetahui bagaimana
besarnyakesan dan pengaruh cinta suci yang kuat itu kepada masyarakatdan
bangsa-bangsa manusia. Oleh kerana itu baginda tidak pernah membiarkan
satu kesempatan yang munasabah berlalu begitu sahaja kecuali menyeru
muslimin kepeda pencintaan dan berkasih-sayang diantara mereka. Baginda
juga memerintahkan juga supaya mereka mengisytiharkan rasa kasih sayang
demikian supaya terbuka segala hati yang tertutup dan mekarlah
kasih-sayang serta memelihara kejernihan persaudaraan di antara barisan
muslimin.
Dari Anas radhiallahu a’nhu bahawasanya seorang lelaki yang berada di sisi Rasulullah (s.a.w) maka seorang lagi lelaki melaluinya sambil berkata:
“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai orang itu’. Maka sabda Rasulullah:
‘ Sudahkah anda memberitahu dia?. ‘Tidak’ jawab lelaki tersebut. ‘ Maka hendaklah anda memberitahukan kepadanya.’ Maka pergilah dia menemui orang yang lalu tadi sambil berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah’ Maka berkatalah orang yang lalu tadi: ‘Semoga Allah mencintaimu yang keranaNya engkau mencintaiku.”
(Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih)
Demikian juga apa yang telah diperbuat oleh Rasulullah sebagai
pelajaran dan pendidikan kepada kaum muslimin sepanjang masa. Supaya
mereka tahu bagaimana membangunkan masyarakat mahabbah, yang
berkasih-sayang dan bersaudara. Ini jelas kelihatan di dalam sabda
baginda tatkala baginda memegang tangan Muaz:
“ Hai Muaz; demi Allah sesungguhnya aku menyintaimu. Kemudianku wasiatkan kepadamu wahai Muaz: ‘Sekali-kali janganlah engkau meninggalkan di akhir tiap sembahyang doamu ini.”
(Riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
Imam Malek telah meriwayatkan di dalam kitabnya Al Muatta dengan sandaran sahih dari Idris Al-Khaulani yang berkata:
“Aku telah memasuki masjid Damsyik tiba-tiba aku melihat seorang pemuda yang berseri-seri mukanya, tiba-tiba manusia ramai bersama dia, maka apabila mereka berselisih di dalam sesuatu perkara, mereka minta pandangan daripadanya dan mereka mengikuti pandangannya. Maka aku pun bertanya siapa dia? Maka dikatakanlah: Itulah Muaz bin Jabal radhiallahu a’nhu. Pada hari besoknya aku berpagi-pagi ke masjid, maka aku dapati dia mendahuluiku. Dan aku dapati dia sedang solat.
Maka aku menunggu hingga dia selesai daripada solatnya. Kemudian aku datang kehadapan wajahnya. Maka aku mengucap salam kepadanya, kemudianku katakan padanya: ‘ Demi Allah, sesunggguhnya aku menyintaimu.’ Maka berkatalah dia: ‘Kerana Allahkah?’ Maka jawab lagi: ‘Kerana Allah’. Dia bertanya lagi:’Kerana Allahkah?’. Aku menjawab lagi: ‘Kerana Allah.’ Maka dia terus merangkuli aku dengan pakaiannya lalu menarik aku kepadanya sambil berkata: ‘Bergembiralah kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah sallahu alaihi wassal berkata:
“Allah telah berfirman; Telah wajib cintaKu pada orang yang berkasih-sayang kerana Aku dan orang yang duduk bersama kerana Aku, dan orang yang ziarah-menziarahi kerana Aku. Dan orang yang selalu bertukar pemberian keranaKu.”
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas’ud
berkata radhiallahu a’nhu berkata.,Nabi sallahu alaihi wasslam bersabda
yang bermaksud: “Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang
dikasihi.” Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih-sayangnya itu
akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.
Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata, “Jangan sekali-kali kamu
bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini: pertama, dia
dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur, dan
kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu.
Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain itu, maka
pastilah kamu orang yang lemah akal fikirannya.”
Sahabat (Ukhuwah fillah!)
:) MOGA ALLAH REDHA..
ReplyDelete