Assalamualaikum wbt..
Kadang kala kita bermegah dengan akal yang diberikan Allah
swt kepada kita kerana kita telah berjaya mengasah ketajaman cara kita berfikir
sehingga kita merasakan kita sahajalah yang betul dan org lain salah..
Tapi ketahuilah hakikat sebenarnya, akal kita hanya mampu merentasi
perkara-perkara logik sahaja. Dalam banyak-banyak perkara yang kita mampu fikir
ini, semua logik-logik belaka. Kita tidak mampu berfikir merentasi
perkara-perkara yang tidak logik. Sukar untuk menerima sesuatu yang tidak mampu
kita nampak secara logik..
Tetapi ketahuilah bahawa, kekuasaan Allah swt itu, lebih
banyak daripada apa yang kita dapat fikirkan. Kejadian syurga, neraka, titian
sirat, dosa, pahala. Kita nampakkah semua itu? Sukarkan untuk menerima hakikat
ini kalau kita adalah jenis seorang yang mempunyai hati yang keras dan bertegas
untuk mendapatkan bukti atas setiap perkara?
Atas keterbatasan akal kita inilah Allah swt hantarkan
seorang pemberi peringatan kepada umat kita. Ketika itulah hadirnya seorang
insan seperti kita juga, tetapi dimuliakan Allah swt wajahnya, akhlaknya, sifatnya.
Itulah Rasulullah swt..
Baginda telah mengajar kita supaya sentiasa mencari hikmah
atas segala sesuatu kejadian yang berlaku. Sentiasa memberi kita dorongan
supaya mengambil pengajaran atas setiap perkara yang pernah berlaku kepada
kaum-kaum sebelum Baginda diturunkan.
Air laut ditarik di Pulau Pinang susulan gegaran di Sumatera |
Lihatlah kejadian baru-baru ini yang mana ahli geologi
telah mengesahkan akan berlaku kejadian tsunami yang bakal mengulang kembali
kejadian 26 Disember 2004 yang dikatakan kejadian tsunami terburuk dekad ini..
Sangkaan kejadian tsunami akan melanda negara-negara
berdekatan seperti Malaysia, Indonesia, Thailand serta beberapa negara termasuk
Asia Selatan, Timur Afrika, Australia, sehinggalah ada yang menjangkakan
sedikit kesan tsunami akan turut dirasai di benua Amerika Utara & Selatan..
Negara-negara yang dikatakan bakal merasai kesan tsunami selepas amaran tsunami dikeluarkan. Bintang kuning tersebut menunjukkan pusat gegaran. |
Tetapi apa yang belaku, 13 jam selepas itu amaran Tsunami
telah ditarik balik. Dan para ahli geologi telah mengesahkan bahawa kejadian gempa
bumi tersebut tidak mampu mnghasilkan ombak besar walaupun gegaran 8.4 pada
skala Richter itu mampu dirasai jauh daripada pusat gempa berbanding kejadian
2004 dahulu.
Air laut ditarik sehingga kelihatan seperti kawasan yang kering kontang di Port Dickson susulan gegaran |
Walaupun air laut tiba-tiba menjadi surut sejauh mata
memandang, namun hanya Allah swt sahaja mampu menentukan semuanya.
Lihatlah bertapa ramainya masyarakat di sekitar kawasan yang
dijangka akan menerima kesan tsunami tersebut begitu panik dan cemas. Bertapa
ramai yang kembali mengingati Allah swt.Bertapa ramainya kembali mengaku
menjadi hamba-Nya.
Berfikirlah, renung-renungkanlah. Ambil beberapa ayat
kawan-kawan di Facebook:
Amaran tsunami telah ditarik balik, tetapi amaran Allah swt tetap amaran yang perlu di jadikan ikhtibar.
----------------------------------------------------
Manusia mampu mencari sebab, tetapi yang menciptakan segala apa yang berlaku hanyalah Dia. Dan denan rahmat-Nya sahaja kita mampu diselamatkan..
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"(Surah Al-An'aam, Ayat: 32).
Berfikirlah, tidak guna kita dikurniakan akal tetapi tidak mahu berfikir atas setiap kejadian yang belaku di sekitar kita..
WaAllahua'lam.. :)
No comments:
Post a Comment