Sunday, 15 January 2012

Selera

Bismillahirrahmanirahim..


Sebelum ini asyik dengar housemate cakap:
"Aduh tak selera makan pulak.."

Saya pelik sebab, biasanya dialah yang paling berselera kalau bab-bab makan ni.
Saya balas: "alaa, makan je.. lama-lama ok lah tu.."

Housemate pun cuba menyuapkan makanan yang telah tehidang dengan sepenuh usahanya. Tiba-tiba dia bangun, dan menyimpan makanan itu dalam peti sejuk. Tewas rupanya..

Tuesday, 27 December 2011

Ujian..

Sehebat manapun ujian itu..
seberat manapun ujian itu..
sesukar manapun ujian itu..

Sebenarnya adalah didikan dari-Nya..
hadapinya dengan tabah..
teruskan perjalanan yang telah dimula..
jangan pernah berputus-asa dari-Nya..

Monday, 26 December 2011

Cinta Hati...


Apa rasanya bercinta?
Apa rasanya dicintai?
Apa rasanya sentiasa diingati?
Apa rasanya dikasihi?

Subhanallah, anugerah CINTA..
Ciptaan Maha Esa, yang  tiada tolok bandingnya..

Cinta seorang ibu & ayah kepada anaknya..
Cinta seorang ayah kepada ibu..
Cinta sepasang merpati yang berterbangan di angkasa..
Cinta seekor ibu kucing kepada anaknya..

Thursday, 10 November 2011

Korban.. 11'

Assalamualaikum wbt..

Post kali ini, aku mahu bercerita mengenai...
Raya Aidiladha pertamaku di bumi Kinanah.. :D

Sambutan Hari Raya Aidiladha di sini ternyata amat berbeza dan boleh kata, lagi feel~
Bukan maksud aku nak kata yang sini lebih baik, tapi.. boleh dikatakan sini sangat meriah.. hehe..

Di Istad (Stadium)
Sehari sebelum hari Raya Aidiladha, salah satu masjid kat sini ada buat majlis Iftar Jamai'e sempena Puasa Sunat Yaumul A'rafah (Hari Arafah). Kebanyakan tetamu pada malam itu ialah orang-orang Malaysia yang tinggal di sekitar itu..

Kali pertama pengalaman bersolat di depan makanan.. hehe..
Sebabnye, kitorg buka puasa dengan minum beberapa teguk air kosong di tempat makan yang dihamparkan kain yang panjang sebagai pengalas tempat letak makanan.. Sejurus lepas berbuka, solat terus dilaksanakan..
Macam mane tu?

CP: Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab


Assalamualaikum wbt..



Aku ada jumpa satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersame..

aku rase, persoalan ni mesti dah lama ada dalam benar hati kita, terutama yg wanita,, kan?


so, marilah baca sama-sama.. :)



Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”