Sejak beberapa hari ini..
Rasa rindu kepada tanah air semakin menjadi-jadi.. =.=
Masuk hari ni..
Sudah hampir 6 minggu aku berada di Ardhul Kinanah..
12 September merupakan hari terakhir aku mengucup tangan ibubapaku di KLIA sebelum berlepas menjejakkan kaki ke dalam pesawat Gulf Air.
Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam ke Bahrain itu.. agak sukar untuk aku percaya kerana.. aku lihat pada paparan skrin di dalam pesawat tersebut, aku telah melintas Selat Melaka, Indonesia, Lautan Hindi, Sri Lanka, india, Iran, Iraq, Teluk Parsi dan akhirnya Bahrain.. Jauhnyee..
Dan pengalaman yang menarik ketika penerbangan tersebut ialah.. pesawat kami dipukul oleh angin siklon dari Laut Hindi.. Lalu, terdengarlah beberapa suara yang meloyakan tekak dan memeningkan kepala.. Peristiwa ini berterusan hampir 2 jam ketika kami dalam pesawat tersebut.. Tetapi, alhamdulillah kami selamat sampai ke Bahrain.. :)
Bahrain, sebuah negara pulau yang kaya raya dan panas macam dalam oven.. =.=